Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

1. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tidak. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.



2. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Boleh, dengan izin pengadu.


3. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?

Boleh, sekiranya aduan telah melibatkan kepentingan awam dan maklumat yang mencukupi diterima untuk membolehkan siasatan dilakukan.
 

4. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh NRECC?
• Kelewatan / tiada tindakan;
• Keputusan / tindakan tidak adil;
• Kekurangan kemudahan awam;
• Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang;
• Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
• Salah laku anggota awam;
• Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
• Kegagalan penguatkuasaan; dan
• Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

 

5. Bagaimana cara saya membuat aduan?
• Laman sesawang : www.nrecc.gov.my
• E-mel : webmaster@nrecc.gov.my
• Telefon : 03 - 8883 3888
• Surat :
Unit Komunikasi Korporat
Aras 7, Parcel F

Blok F11, Kompleks F Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia.

 

6. Apa berlaku kepada aduan saya?
• NRECC akan mengeluarkan nombor kes / rujukan setelah didaftar dalam sistem.
• NRECC menghantar Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu.
• NRECC menghantar Surat Arahan Siasatan kepada Jabatan/Agensi berkaitan.
• Siasatan dijalankan.
• Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.
• NRECC maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu.

 

7. Berapa lama NRECC membuat siasatan?
Standard Operating Procedures (SOP) NRECC, tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes Biasa dan Kompleks. Tempoh penyelesaian aduan biasa adalah dalam tempoh 15 hari bekerja manakala tempoh penyelesaian bagi aduan kompleks adalah dari 16 hingga 365 hari.

 

8. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?

Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklumbalas menggunakan nombor rujukan/ kes yang telah didaftar dalam sistem.


9. Berapa lama pertanyaan awam akan dijawab?
Pertanyaan awam (public enquiries) perlu dijawab dalam tempoh 15 hari bekerja.

 
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader